Jumaat, 9 November 2018

TUTORIAL POKOK HIASAN MONSTERA

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap semua sihat walafiat. Ros baru aktif semula berblog ni. Jadi, untuk kiriman yang pertama setelah sekian lama, Ros nak kongsi tentang tutorial pokok Monstera khas untuk orang yang suka menghias rumah. Senang sangat nak buat tau. Bajet pun bajet. Kos keseluruhan tak sampai RM30 pun. Best kan? Paling murah orang jual pun berpuluh-puluh dah. Lebih baik buat sendiri.

Ros akan kongsikan langkah demi langkah. Setiap langkah ada di bawah gambar ye. 


Ini adalah contoh untuk hiasan pokok monstera yang sudah siap digubah.


Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut;
1. Daun monstera (anggaran 20 helai)
2. Lumut hijau
3. Span
4. Pasu
5. Lidi saiz besar
6. Salotape warna hijau (untuk bunga)
7. Salotape biasa

Daun monstera, salotape dan lumut hijau tu boleh dapatkan di kedai bunga. Harga lumut hijau anggaran RM3.50 sahaja. Biasanya tidak lebih RM5.00. Daun monstera pula boleh cuba dapatkan daripada penjual 'online' kalau tak jumpa di kedai bunga. Boleh dapatkan juga di laman web Shopee. Taip sahaja monstera dan korang boleh dapatkan daun itu dengan harga serendah RM0.80 untuk sehelai. Span, pasu dan lidi besar pula boleh dapatkan di kedai berhantu eco, kedai RM2 sahaja. Jimat kan. Hehe.



Selepas itu, ambil salotape biasa dan balut tangkai daun monstera. Balut kemas-kemas dan teliti ya.


Dah habis balut dengan salotape biasa, balut sekali lagi dengan salotape warna hijau. Tujuannya supaya balutan pada tangkai daun tu lebih kemas dan cantik. 


Masukkan span dalam pasu dan padatkan sampai ke atas. Saya guna gabus mesin basuh sahaja sebab span dah habis. Tiada masalah asalkan kita boleh cucuk tangkai daun monstera tu. Kalau nak lebih jimat, tak perlu beli span. Siapa yang ada apa-apa gabus di rumah boleh terus guna gabus itu sahaja.


Lepas tu, boleh terus letak lumut hijau. Letak secukupnya. Letak betul-betul bagi nampak kemas ye. Jangan berjuntai sana sini.



Taraa. Dah siap! Sekejap je kan. Dalam satu jam dah boleh siap. Pasu tu boleh tukar dengan pasu lain ya. Kalau ada duit lebih boleh beli pasu anyaman. Lebih sedap lagi mata memandang. Selamat mencuba. 



Sabtu, 1 Oktober 2016

RESEPI PIZZA HOMEMADE

Assalamualaikum semua. Pernah buat pizza x? Haa!! Ni sis nk guide korang untuk buat pizza..InshaaAllah senang..Homemade lagi. Hihi. Jom follow step sis bagi untuk buat pizza mudah. Boleh letak sendiri je bahan-bahan. Yang mana nak makan. Yang mana tak nak makan. Jimat lagi tu.


Haa.. nampak berselera kan??
Bahan-bahannya :
1 3/4 cwn tepung gandum
3/4 cawan air suam
1 sb yis kering (guna mauripan)
1/2 s/k gula
1/2 s/k garam
1 sb minyak masak/minyak sayur

Mula2 campur air suam,yis dan gula. Tunggu kejap dlm 2-3 mnit. Lepastu dia akan jadi mcm ni ye. Tengok gambar kt bawah. Dia ada buih2 sikit.


Langkah seterusnya saya uli guna 'mixer', campurkan tepung gandum dan garam dlm campuran yis tadi. Guna penguli dan uli 'low speed' dalam 5-8 minit hingga doh jadi licin dan elastik. kalau uli dengan tangan, mudah lagi uli atas permukaan rata. Uli dalam 5 -8 minit jugak bagi doh licin dan elastik...



Bila dah siap uli dia akan jadi macam ni. (tengok gambar kt bawah). Jadi tutup la dengan tuala atau kain bersih ye.


Lepas tu ambik doh tadi dan terap atau canai dalam dulang bakar. kalau dulang tu bulat boleh la buat bentuk bulat. kalau nk buat bentuk segi empat pun tak ada masalah. 'Depends' atas citarasa 'uolss'.


Okay, sekarang dah nak dekat 'final step'. Tinggal letak 'topping' je. ;Topping' tu bahan-bahan yang ada di atas piza ye. 'First' sekali 'of course' la kita sapu rata sos. Letak je sos apa yang awak semua suka. Saya letak sos tomato dan sos cili. Nak sapu dengan sambal tumis pun boleh. Sos bbq, sos pasta atau prego pun boleh. Sos carbonara pun boleh. Apa-apa sahaja ikut citarasa sendiri.


'And then' tabur la 'oregano' atau 'italian herbs'. Nak rasa mcm piza kt kedai kan. Hehe. Dua bahan ini ada dijual di Tesco,Mydin atau Giant. Cari je kt pasaraya. Rupa dia macam dalam gambar di bawah ni haa..


Sekarang kita letak topping pulak. 'Topping' ni bergantung dekat selera sebenarnya..Boleh je nak letak apa2 pun sesuai dgn citarasa korang..tapi untuk pizza ni sy letak daging burger cincang dengan mix vege je..simple..
korang boleh letak mcm2 lagi..isi ayam,tuna,udang,ikan bilis,isi ketam,hotdog,cendawan,hirisan bawang merah,lada benggala atau nanas..apa2 yg korang suka..tabur je selagi boleh tabur..hihi..
Haa..part last sekali la yg paling sy suka..tabur cheese..hehe..taburla cheese mozzarela + cheddar..Cheese jenis mozzarela la yg akan jadi bertali tali tu bila mkn..pergghh..nikmat dia lain mcm..sape yg suka cheese je blh fhm..dah siap.masa utk bakar pulak..!!


Panaskan dulu oven ye dalam masa 5-8 minit..Boleh bakar pizza ni dengan suhu 180-190 selama 15-20 minit je ikut kesesuaian oven masing2..rajin2 la jenguk ye..jangan terlalu lama plk..konon2 nak ranggup sikit..hihi..last2 terus ke lautt..Tadaaa...!!pizza dah siap..boleh mkn sepuasnya..


Selamat mencuba..hehe..




Khamis, 29 September 2016

RESEPI KEBAB DIY SPECIAL TERBAIK

Assalamualaikum semua..selamat pagi..disebabkan sis takde kelas hari ni jadi sis nak share la sikit resepi..nak tahu resepi ape??jom kita usha..

KEBAB DIY SPECIAL TERBAIK
Ni rupanya kebab tu ye..aumm..sdp kan..
Okay..jom kita tengok bahan2 dia ..simple je uollss..

1)Sy guna sebungkus daging beger Ramli..Panaskan dlm microwave kejap pastu potong dadu..Kalau x leceh sikit nak potong..Pakai daging kisar je? Ni nk potong leceh ler...

2)Saya potong dadu carot, timun, bawang besar . Letak tomato lg sedap. Sy x letak sbb xde dlm peti..hehe..
3)Jgn lupa sos ini & sedikit rempah kari daging ye ( x suka xyah letak)..Kebab uollss..uolss yg nk makan..jadi apa yg x suka tu xyah ler letak..hehe..

So sekarang bahan2 semua dh ada..kita boleh dah start buat..hihi

CARA MENYEDIAKAN :

1)Panaskan bahan potong tadi...letak butter sikit pon ok. nnt dh masuk daging tu mesti minyak daging keluar..
2)Setelah layu sikit bahan tumis tadi masukkan dging beger bersama rempah kari*(*optional ye)

3)Masukkan ketiga2 sos tadi dan gaul rata..

4)Setelah sebati,masukkan garam secukup rasa ye.
5)Kemudian sediakan roti pita dan mayonis..Boleh jugak kalau nk sediakan sementara tunggu daging tadi masak..hehe..takde masalah..tapi jangan sampai hangus pulak tau..Jangan lupa roti pita tu potong dua..kalau nak bajet sikit pakai roti gardenia pn boleh..
6)Sapukan mayonis di sekeliling dalam roti pita..Isikan inti tadi lebih kurang separuh dalam roti pita..pastu letak sedikit mayonis di atasnya..lepastu sambung lagi isikan inti sampai penuh roti pita tu.Bila dah agak2 penuh..sapukan mayonis bersama dengan sos cili last sekali...tadaa!!dah siap..selamat mencuba dan selamat menjamu selera guys..!!

Haa...!!nampak tak tu??..perghh..sedap..okay tu saja perkongsian sis hari ni..stay tuned ye utk perkongsian yang lebih syok dan menarik..Sebelum sis terlupa boleh add sis di fb dan insta..
@rosarisa_yukiey
@keklapissarawakcinta_rose
@unique.gadgetz