Jumaat, 9 November 2018

TUTORIAL POKOK HIASAN MONSTERA

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap semua sihat walafiat. Ros baru aktif semula berblog ni. Jadi, untuk kiriman yang pertama setelah sekian lama, Ros nak kongsi tentang tutorial pokok Monstera khas untuk orang yang suka menghias rumah. Senang sangat nak buat tau. Bajet pun bajet. Kos keseluruhan tak sampai RM30 pun. Best kan? Paling murah orang jual pun berpuluh-puluh dah. Lebih baik buat sendiri.

Ros akan kongsikan langkah demi langkah. Setiap langkah ada di bawah gambar ye. 


Ini adalah contoh untuk hiasan pokok monstera yang sudah siap digubah.


Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut;
1. Daun monstera (anggaran 20 helai)
2. Lumut hijau
3. Span
4. Pasu
5. Lidi saiz besar
6. Salotape warna hijau (untuk bunga)
7. Salotape biasa

Daun monstera, salotape dan lumut hijau tu boleh dapatkan di kedai bunga. Harga lumut hijau anggaran RM3.50 sahaja. Biasanya tidak lebih RM5.00. Daun monstera pula boleh cuba dapatkan daripada penjual 'online' kalau tak jumpa di kedai bunga. Boleh dapatkan juga di laman web Shopee. Taip sahaja monstera dan korang boleh dapatkan daun itu dengan harga serendah RM0.80 untuk sehelai. Span, pasu dan lidi besar pula boleh dapatkan di kedai berhantu eco, kedai RM2 sahaja. Jimat kan. Hehe.



Selepas itu, ambil salotape biasa dan balut tangkai daun monstera. Balut kemas-kemas dan teliti ya.


Dah habis balut dengan salotape biasa, balut sekali lagi dengan salotape warna hijau. Tujuannya supaya balutan pada tangkai daun tu lebih kemas dan cantik. 


Masukkan span dalam pasu dan padatkan sampai ke atas. Saya guna gabus mesin basuh sahaja sebab span dah habis. Tiada masalah asalkan kita boleh cucuk tangkai daun monstera tu. Kalau nak lebih jimat, tak perlu beli span. Siapa yang ada apa-apa gabus di rumah boleh terus guna gabus itu sahaja.


Lepas tu, boleh terus letak lumut hijau. Letak secukupnya. Letak betul-betul bagi nampak kemas ye. Jangan berjuntai sana sini.



Taraa. Dah siap! Sekejap je kan. Dalam satu jam dah boleh siap. Pasu tu boleh tukar dengan pasu lain ya. Kalau ada duit lebih boleh beli pasu anyaman. Lebih sedap lagi mata memandang. Selamat mencuba.